Sunday, December 27, 2009

Pergi ke Pasar

Pada pagi ahad yang lalu, saya telah mengikut ibu pergike pasar. Kami pergi ke sana dengan menaiki teksi.

Setibanya di pasar, saya lihat ramai orang sedang membeli-belah. Ada yang membeli ikan, ada yang membeli sayur-sayuran dan ada yang sedang membeli buah-buahan.

Suasana di pasar begitu hingar-bingar. Pembeli dan penjual sedang tawar-menawar harga barang. Ibu saya prgi ke arah penjual ikan. Ibu membeli ikan kembung, tenggiri dan sotong. Kemudian, ibu pergi ke tempat peniaga peniaga menjual sayur. Di sana, ibu membeli sayur bayam, sawi dan kacang panjang.

Setelah membeli segala keperluan yang diinginkan, saya dan ibu segara pergi ke perhentian teksi yang berdekatan dengan pasar.

Setelah lama menunggu teksi, teksi pula tiba. Teksi yang kami naik segera bertolak menuju ke Taman Cempakasari.

Tuesday, December 22, 2009

Melawat ke Zoo Negara

Pada 20 Ogos 2004, sekolah saya telah mengadakan satu lawatan ke Zoo Negara di Kuala Lumpur.

Kami pergi ke sana dengan menaiki bas. Seramai 60 orang murid dan 3 orang guru telah mengikut rombongan ini. Kami bertolak dari sekolah pada jam 9.00 pagi dan sampai di Zoo Negara pada pukul 1.00 petang.

Setibanya di sana, kami telah melihat ramai pengunjung telah datang. Setelah cikgu membeli tiket, kami pun memmasuki ke kawasan Zoo Negara. Di sana, kami dapat melihat pelbagai jenis binatang yang jinak dan liar.

Antara binatang jinak yang terdapat di sana ialah arnab, kura-kura, burung kakak tua dan sebagainya. Binatang liar yang ada di sana yang ada pula ialah gajah, harimau, badak sumbu, beruang dan lain-lain.

Setelah berada lebih kurang empat jam, kami pun berkumpul untuk pulang. Tepat jam 3.00 petang, kami pun mula bertolak pulang. Banyak pengalaman baru yang kami perooleh di sana.