Sunday, December 27, 2009

Pergi ke Pasar

Pada pagi ahad yang lalu, saya telah mengikut ibu pergike pasar. Kami pergi ke sana dengan menaiki teksi.

Setibanya di pasar, saya lihat ramai orang sedang membeli-belah. Ada yang membeli ikan, ada yang membeli sayur-sayuran dan ada yang sedang membeli buah-buahan.

Suasana di pasar begitu hingar-bingar. Pembeli dan penjual sedang tawar-menawar harga barang. Ibu saya prgi ke arah penjual ikan. Ibu membeli ikan kembung, tenggiri dan sotong. Kemudian, ibu pergi ke tempat peniaga peniaga menjual sayur. Di sana, ibu membeli sayur bayam, sawi dan kacang panjang.

Setelah membeli segala keperluan yang diinginkan, saya dan ibu segara pergi ke perhentian teksi yang berdekatan dengan pasar.

Setelah lama menunggu teksi, teksi pula tiba. Teksi yang kami naik segera bertolak menuju ke Taman Cempakasari.

No comments:

Post a Comment